UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :1985 - 496X
Main Author :Jalal Fauziah Hanim, Noor Zanariah, Twahir @ H.Tahir Wahibah,
Title :Pembinaan alat ukur amalan keibubapaan Muslim (IR)
Year of Publication :2009
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian ini menghuraikan pembinaan alat ukur amalan keibubapaan Muslim dan melaporkan kesahan dan kebolehpercayaannya. Metode kajian menggunakan penulisan tokoh dalam bidang pendidikan anak-anak dan kekeluargaan Islam untuk menghasilkan konsep dan item amalan keibubapaan. Tiga proses pengukuran iaitu memberi definisi kepada konsep, memilih pengukuran untuk konsep dan memperoleh maklumat empirikal digunakan. Dua konstruk amalan keibubapaan iaitu amalan awal dan amalan khusus keibubapaan dibina. Amalan awal mempunyai 11 item meliputi tiga subkonstruk iaitu sebelum kelahiran, semasa dan selepas kelahiran anak. Amalan khusus keibubapaan mempunyai 59 item dengan lapan subkonstruk bagi pendidikan aqidah, ibadah, sosial, akhlak, emosi, intelektual, pendidikan jasmani/kesihatan dan seksualiti. Lima kaedah mendidik anak dimasukkan dalam setiap skala iaitu kaedah bimbingan dan nasihat, qudwah, pengawasan/pemerhatian, kebiasaan dan hukuman. Sampel kajian terdiri daripada 372 orang ibu bapa daripada dua lokasi bandar dan luar bandar di sebuah negeri. Dapatan kajian mendapati para arbiters telah membuat penilaian bagi item-item mewakili konstruk-konstruk yang dikategorikan; item-item mewakili konstruk secara umumnya dan item-item positif ternyata benar dan item negatif ternyata salah. Item-item yang mempunyai persetujuan 79.9% dalam kedua dua konstruk diterima. Analisis item menunjukkan item instrumen menunjukkan piawai item alpha bernilai melebihi dari alpha if item deleted bagi setiap subskontruk. Item item yang terdapat dalam alat ukur ini adalah homogen dan secara tidak langsung, membuktikan kesahan kandungan. Soal selidik ini boleh digunakan untuk mengenal pasti amalan pendidikan anak-anak yang disarankan oleh agama.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)